Monday, January 9, 2012

KITA PERLU BERUBAH DAN MEROBAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Maaf lebih 12 purnama tak kemaskini blog ni. Bagaimana pun mari kita sambung topik perbincangan yang telah diutarakan setahun yang lalu. 

Untuk kita keluar dari realiti dan suasana pemikiran dan cara hidup yang masih terjajah kita perlu mulakan dengan diri kita sendiri. Kita perlu bina semula kefahaman yang sahih tentang Islam dan tentang apa yang dituntut oleh Islam dari kita sebagai seorang muslim. 

Supaya langkah ini dapat dimulakan secara praktik dan dapat berterusan kita tidak mampu melakukannya bersendirian. Kita perlu kepada guru dan rakan yang sama-sama memahami dan merasai keperluan ini.

Apa yang sering dilakukan oleh mereka yang mahu mengajak masyarakat kembali kepada Islam ialah dengan mengajar, ceramah dan kuliah di sana sini. Tapi sayang pengajian, ceramah dan kuliah ini tidak diiringi dengan proses membentuk minda, jiwa, emosi dan fizikal para pendengar atau murid. Lantas segala nasihat dan ilmu yang dicurahkan tidak nampak direalisasikan dalam praktik hidup... hilang dengan berlalunya masa. Masyarakat masih berada di takok lama.

Imam Hasan AlBanna telah meneliti bagaimana Rasulullah membentuk Generasi Pertama para sahabt dan bagaimana proses pembentukan ini terus berjalan di kalangan para salaussoleh.Maka beliau telah merumuskan bahawa umat ini hanya boleh menjadi baik dan berdiri teguh dengan apa yang pernah menjadi faktor utama umat terdahulu menjadi baik dan istiqamah.

Beliau menekankan betapa perlunya umat hari ini kepada proses pembentukan individu muslim (تكوين فرد المسلم) dengan memberi fokus kepada:
       1) pembinaan kefahaman & fikrah Islam yang asli dan sahih lagi mantap dan jitu,
       2) pembinaan keimanan yang mendasar kepada Allah, Rasul & Islam,
     3) proses didikan minda dan jiwa hingga menghasilkan amal dan tindakan yang istiqamah dan berterusan.

Inilah proses penyediaan para pendokong dan pejuang Islam (اعداد الرجال) yang waqjib dilaksanakan oleh sesiapa saja yang bercita-cita mengembalikan Islam berkuasa dalam kehidupan rakyat. Proses yang menuntut kita berinteraksi dengan jiwa manusia, menangani segala ragam naluri insan yang berbagai-bagai. Memang ia bukan satu kerja mudah. Namun kita tidak ada jalan lain. Kita boleh pilih jalan lain yang lkita rasa mudah tapi ia tak mungkin menyampaikan kita kepada matlamat berlakunya satu perobahan Islam yang menyeluruh. 

Betapa ramai lulusan fakulti dan universiti serta pondok-pondok pengajian Islam sejak sebelum kita merdeka dari penjajah hingga sekarang tapi berapa ramai pula yang mampu berpegang dengan perjuangan memartabatkan Islam yang mampu merobah minda dan jiwa masyarakat???

Kita boleh ajak ribuan manusia keluar berdemontrasi tapi berapa ramai dari kalangan mereka yang boleh iltizam menjaga kewajipan dan adab-adab Islam dalam hiruk pikuk demontrasi itu? Berapa ramai yang tidal mencuaikan solat fardhu dan berapa ramai yang menjaga adab-adab pergaulan Islam antara lelaki dan perempuan ajnabi... berapa rami pula yang iltizam tidak merokok..???? Jika perhimpunan itu tidak bersih dari perkara-perkara noda dan dosa kita tidak layak mendapat pertolongan Allah dalam berhadapan dengan lawan. Ini kerana pokok pangkal perjuangan Islam itu ialah untuk mengajak manusia menjadi hamba yang taat kepada Allah dalam semua urusan hidupnya. Kata kunci: beriman dan berubudiah hanya sanya kepada Allah semata-mata.

والله أعلم بالصواب.

No comments:

Post a Comment