Tuesday, April 23, 2013

UMAT DAN TUNTUTAN

Berikut adalah petikan dari muqaddimah AlMarhun Ustaz Mustoffa Masyhur dalam risalah kecilnya 'Dakwah Fardiyah".

Kita hendaklah memahami realiti muslimin yang menjadi medan
dakwah kita (di sini kita hanya membincangkan mengenai urusan
mendakwah kaum muslimin supaya kembali kepada Allah). Ini kerana
tuntutan sekarang ialah memindahkan mereka dari realiti hidup yang
menguasai mereka pada hari ini. Mereka hidup dengan kefahaman yang
silap, malas beramal untuk Islam, bersikap keterlaluan dan lain-lain. Kita
hendaklah memindahkan mereka kepada suasana kehidupan yang baru;
kehidupan yang memahami Islam dengan kefahaman yang lengkap
sempurna sebagaimana yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w.. Kita juga perlu
memindahkan mereka kepada memahami tuntutan Islam yang sempurna
dan memahami cara merealisasikannya menurut kaedah yang paling
sempurna dan betul.

Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan
mendapati bahawa kelemahan iman atau kelumpuhan iman di jiwa, tidak
memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah
faktor utama yang menyebabkan kaum muslimin berada dalam suasana yang
ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan
musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslim sebagai kuda
tunggangan mereka untuk memerangi Islam; secara mereka sedari atau tidak.
Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal atau hasil yang baik
untuk Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari
dalam jiwa mereka terlebih dahulu. Dengan itu iman akan mendorong
mereka kepada mengenal Allah dan memahami Islam, beramal dan berjuang
untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat para ‘amilin yang
salih.

Mungkin berfaedah kalau kita peringatkan di sini bahawa beriltizam
dengan tertib dalam menaiki tanggi menuju martabat para ‘amilin adalah
suatu yang pasti dan maha penting. Ini kerana tanpanya boleh
mengakibatkan kemunduran, kejatuhan lau mengambil sikap berdiam diri
dan duduk berpangku tangan. Kita akan mulakan dakwah dengan menyeru
seorang yang lalai. Kemudian beransur-ansur mempertingkatkannya dari
satu marhalah ke satu marhalah. Kita sebutkan berdakwah kepada golongan
ini di sini adalah sebagai menjelaskan bagaimana memulakan dakwah
dengan golongan ini. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, terdapat
individu yang baik dan lebih mudah menerima dakwah. Orang yang seperti
inilah yang patut diberikan keutamaan demi menjimatkan waktu dan usaha.
Kebanyakan muslim pada hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai
daripada beribadat kepada Allah s.w.t dan mentaati perintah-Nya. Mereka
seperti sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur. Di sebelah mereka
terdapat api yang marak menyala dan akan membakar mereka sekiranya
mereka masih lagi tidur.

Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur, terdapat mereka
yang tidak tidur dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling, tetapi tidak
mampu memadamkan api yang sedang membakar. Ketika itu kewajipan
mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tidur supaya
setiap mereka menyedari keadaan masing-masing dan menjauhkan diri
daripada api. Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur dari
bahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari
tidur. Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana
mereka sedang nyenyak tidur. Jadi mereka mestilah dibangunkan terlebih
dahulu barulah diberikan peringatan.

Dalam banyak kes, ketika usaha membangunkan orang yang sedang
nyenyak tidur dilakukan, mereka tidak mahu bangun kerana sedang enak
tidur dan tidak mahu diganggu. Ini kerana dia masih tidur dan belum lagi
sedar. Jika dia benar-benar sedar dari tidurnya dan melihat api yang sedang
membakar, nescaya dia bersegera menyelamatkan diri. Kata-katanya bahawa
dia telah sedar tidak boleh dipercayai sepenuhnya kecuali apabila diikuti
dengan tindakan menjauhkan diri dari api itu.

Demikianlah sikap daie terhadap mad’unya (orang yang diseru). Dia
mesti bersabar di dalam usahanya menyeru mereka kepada Islam. Dia mesti
sanggup menghadapi tindak balas mad’unya seperti perbuatan jahat dan
cercaan. Dia mesti mengharapkan balasan usahanya daripada Allah dan
mengikuti jejak langkah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Baginda
menyeru menusia dan terdedah kepada gangguan dan cercaan. Baginda tetap
bersabar dan terus meneruskan dakwah sambil berdoa yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya
mereka tidak mengerti”.
Di dalam pengertian ini al-Iman asy-Syahid Hassan al-Banna berkata:
“Jadilah kamu ketika menyeru manusia seperti pokok buah-buahan; mereka
membalingnya dengan batu danvdia menggugurkan buah kepada mereka

No comments:

Post a Comment